Rabu, 28 Januari 2009

Matlamat Perlukan Perancangan

Ahaa betul tu.. matlamat perlu pada perancangan.. maka ana pun merancang la untuk membina hubungan baik dengan warga sekolah ni.
langkah pertama ana:
1) membina hubungan rapo dulu dengan guru-guru sekolah (senyum dan salam dan mulakan perbualan ringkas)
2) mengenali pak guard(p.cik kamaruddin, uncle sinasamy)
3) bertegur mesra dengan cleaner sekolah (aunty dan anaknya, Murugama)
4) tidak lupa juga makcik2 kantin, adik Amira yang jaga koperasi
langkah kedua ana:
1) menegur murid-murid sekolah(cg Fuad kata di sekolah ni kita panggil murid, bukan pelajar)
2) bagi salam kat murid-murid dan senyum…
3) belajar bahasa mudah dengan murid-murid(minta mereka ajar; cth ye: cao san, ni hao ma, vanakam, uupeerenne..)tere x..ehee

Setelah beberapa hari ana cuba praktikkan perancangan ini dan laksanakan dgn semangat waja, maka ana telah pun berjaya mendapat klien. Citenya macam ni.. satu hari ana terlibat dengan Program Maju Diri(PMD), maka ana pun mula la menyuntik murid-murid ni dengan pelbagai celoteh, soalan dan gurauan..sempat jugak ana promosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ni. Tetiba seorang murid; cg,cg..saya ada masalah la..saya nak buat sesi dengan cikgu..tolong cg..apa lagi macam buaya menangkap mangsanya, ana pun terus ya.ya..boleh2..nanti datang jumpa cg kat bilik kaunseling, cg bagi borang kita buat temujanji..
Fuhhh..lega dapat jugak klien setelah lama ana berusaha..
Tup tup ada lagi..cikguuuuu…kitorang nak jugak buat sesi..tapi takutla sorang sorang..oh xpe..awk boleh datang dengan kawan2..(jangan risau sesi bimbingan dan kaunseling boleh buat dalam kelompok).
Maka ana buat la satu kesimpulan..tempoh praktikal ini ana perlu mencari klien, dekati mereka supaya mereka percaya dengan ana..jangan tunggu klien cari kita, tapi kita cari klien..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan