Rabu, 28 Januari 2009

Penyelia Praktikum: Dr. Jazimin

Pejam celik, pejam celik..dah dua minggu ana di SMK Dato' Haji Kamaruddin, KKB (SMD).. tak lama lagi penyelia praktikum ana Dr. Ahmad Jazimin akan datang anytime katanya..berpeluh la ana..nape??teori kaunseling yang ana gunakan dalam sesi masih xberapa ok la..kadang ana masukkan teori macam2 dalam satu masalah klien. Teori Realiti adalah teori pilihan ana. tapi kadang tu kan ana masuk skali teori REBT. dah sudah... jadi la rojak.. tapi ana percaya dan yakin jika ana cuba banyak kali aplikasikan teori Realiti dalam sesi, insyaAllah ana akan dapat kuasainya.. tapi kena la ana kerja kuat..motivasi diri sendiri eheee...
sesi kaunseling individu dan kelompok dah mula berjalan..tapi jalan slow2 je la..belum laju lagi..baru berkenalan..alhamdulillah hasil daripada pejumpaan kelompok, maka dapatlah ana klien yang sukarela ingin buat sesi kaunseling individu..
Dr. Jazimin berkata bahawasanya saya akan mengambil berat penilaian anda semua daripada sesi kaunseling yang anda akan jalankan.. gulp..........

sebab ana adakan blog ni: untuk berkongsi pengalaman ana sepanjang ana praktikum di sekolah dan sepanjang hayat ana menjadi muallimah, insyaAllah..

Matlamat Perlukan Perancangan

Ahaa betul tu.. matlamat perlu pada perancangan.. maka ana pun merancang la untuk membina hubungan baik dengan warga sekolah ni.
langkah pertama ana:
1) membina hubungan rapo dulu dengan guru-guru sekolah (senyum dan salam dan mulakan perbualan ringkas)
2) mengenali pak guard(p.cik kamaruddin, uncle sinasamy)
3) bertegur mesra dengan cleaner sekolah (aunty dan anaknya, Murugama)
4) tidak lupa juga makcik2 kantin, adik Amira yang jaga koperasi
langkah kedua ana:
1) menegur murid-murid sekolah(cg Fuad kata di sekolah ni kita panggil murid, bukan pelajar)
2) bagi salam kat murid-murid dan senyum…
3) belajar bahasa mudah dengan murid-murid(minta mereka ajar; cth ye: cao san, ni hao ma, vanakam, uupeerenne..)tere x..ehee

Setelah beberapa hari ana cuba praktikkan perancangan ini dan laksanakan dgn semangat waja, maka ana telah pun berjaya mendapat klien. Citenya macam ni.. satu hari ana terlibat dengan Program Maju Diri(PMD), maka ana pun mula la menyuntik murid-murid ni dengan pelbagai celoteh, soalan dan gurauan..sempat jugak ana promosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ni. Tetiba seorang murid; cg,cg..saya ada masalah la..saya nak buat sesi dengan cikgu..tolong cg..apa lagi macam buaya menangkap mangsanya, ana pun terus ya.ya..boleh2..nanti datang jumpa cg kat bilik kaunseling, cg bagi borang kita buat temujanji..
Fuhhh..lega dapat jugak klien setelah lama ana berusaha..
Tup tup ada lagi..cikguuuuu…kitorang nak jugak buat sesi..tapi takutla sorang sorang..oh xpe..awk boleh datang dengan kawan2..(jangan risau sesi bimbingan dan kaunseling boleh buat dalam kelompok).
Maka ana buat la satu kesimpulan..tempoh praktikal ini ana perlu mencari klien, dekati mereka supaya mereka percaya dengan ana..jangan tunggu klien cari kita, tapi kita cari klien..:)

Selasa, 27 Januari 2009

Tugas PERTAMA-flyers

Emmm…macam mana nak dapatkan klien ni??ana pun berfikir.. untuk tamatkan pratikal ana kena habiskan 50 jam sesi kaunseling dan bimbingan kelompok. 145 jam lagi untuk sesi kaunseling dan bimbingan individu. Jadi sume skali 195 sesi.. uiii banyak tu.. MAMPUKAH AKU? Allah tahu apa yang mampu aku lakukan..


ana pun merancang dengan kawan ana untuk buat flyers.. untuk sebarkan pada murid-murid sekolah ni tentang kewujudan cg2 baru ni la..lagi kami ambil peluang masuk ke kelas bagi memberi penerangan tentang bimbingan dan kaunseling sekolah.. kami berjalan naik turun tangga bangunan sekolah untuk masuk ke kelas yang ketika itu berlaku pertukaran guru dari kelas ke kelas.. ala..5minit je..alhamdulillah jugak, ada la murid-murid yang berminat nak buat sesi..1 permulaan yang baik bagi ana la…



Assalamualaikum ustazah..


Assalamualaikum ustazah…selamat pagi cg..murid-murid sekolah ni memberi salam dan ucap selamat.. ada beberapa murid yang ‘assalamualaikum ustazah..eh maaf cg, tersilap..selalu je saya nk panggil cg, ustazah’..emmm anak-anak murid cg..xpe..ustazah ke cikgu ke ianya tetap seorang guru..

SMK Dato’ Haji Kamaruddin, KKB

Hari pertama ana ke sekolah..aduh pening pikir nak pakai baju apa ni..baju kurung la..emmm pk punya pk..hijau la jd pilihan…berbekalkan semangat ana dgn shbt tersayang pn berjalan menapak ke sekolah. Jauh jgk la berjalan. Aduh..sebelum sampai sekolah dah kena panjat bukit..huh.huh …berpeluh..bukan sebab takut tapiiii sebab letih. Sampai sekolah jam 7.05 minit. Sekolah ni jam loceng berbunyi tepat 7.20 minit pagi.. pastu ana dengan sahabat2 ana ni g ambil kedatangan dan diberi sedikit taklimat oleh pengetua. Pastu bergerak la ana dengan penuh semangat ke dewan sekolah untuk perhimpunan pagi.. 15 orang guru praktikal UPSI ditempatkan di sini..sayang sekali ana dan shbt2 xdapt peluang untuk bercakap kat perhimpunan. Xpe. Len masa ada rezki mesti dapat peluang tu. Selepas habis perhimpunan, ana dengan cg2 UPSI ni pun bergerak ke bilik mesyuarat. Taklimat pengetua dan perjumpaan dengan PK 1, PK HEM dan PK KOKO. Tak lupa jugak turut hadir adalah guru-guru pembimbing. Ops meh ana kenalkan guru pembimbing ana, cg Fuad. Aha.. ada sapa yang ingat cg Fuad. Kalo sesapa kelas ana dulu kat UPSI mesti kenal cg ni. Pengetua dan para guru kanan memberi taklimat, penerangan, nasihat dan peringatan untuk kami sebagai bekal menjadi pendidik yang berkesan sepanjang 14 minggu praktikal serta sebagai bekalan sepanjang menjadi muallim..

Tak lama kmudian, bergerak la ana dengan sahabat seperjuangan ke bilik bimbingan dan kaunseling sekolah untuk memulakan tugas. Masuk je bilik kaunseling, ops tengah renovate pulak.. uii bagus ni sebab pe tau, ana leh la memerahkan tenaga dan buah fikiran untuk menghias bilik ni.. berat jugak tapi bila lagi nak dapat peluang untuk menjadi pereka bilik kaunseling. Ada sorang kawan ana tengah blaja graphic designer, xpe, ana nak challenge dia untuk jd counseling room designer.. amacam betul ke ayat ana ni…

Taklimat oleh cg Fuad dan Cg Hadijah(guru bim kaunseling sek ni) pun dimulakan..mula nampak serius..tetiba aduh gembiranya bagus la cg2 ni.. dorang pun lepasan UPSI rupanya.. cg Hadijah(akak ija) ni baru je posting kat sek ni. Alhamdulillah Allah tempatkan ana dengan kedua guru-guru ini untuk ana belajar sesuatu..

ManISNYA ukHWah..


Pertemuan…
Suatu kurniaan Tuhan…
Yang disertai dengan kerinduan dan kemesraan….
Mungkinkah ia akan berterusan????
Kemesraan….
Suatu perasaan dalaman…
Yang mampu diserasikan…
Dengan sebuah keikhlasan…
Keikhlasan…
Juga dinamakan kejujuran…
Yang bisa menyuburkan keberkekalan…
Dalam suatu perhubungan yang dipaterikan…
Penemuan…
Ikatan yang menemukan insan…
Ikatan yang terkadang tidak mampu diertikan…
Ikatan cinta atau jalinan persahabatan…
Hanya hati yang dapat menentukan…
Oh Tuhan....
Walau apa jua ikatan yang Kau simpulkan…
Dalam hatiku sebagai insan yang punya perasaan…
Kupohon dalam sejuta harapan….
Agar Kau semaikan keredhaanMu sebagai ganjaran…
Atas jalinan yang telah ditakdirkan….
Wahai Tuhan…
Iringilah kedamaian dan ketenangan..
Dalam perhubungan insan…
Moga ia akan menatijahkan kebahagiaan…
Dan mendapat restu dariMu Tuhan…
Selama-lamanya berkekalan….

S.E.L.A.M.A.T..H.A.R.I..L.A.H.I.R..

Impian Solehah..


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah Taala.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1.Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami


Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah Taala?

- Mencintai Allah Taala dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun

senang

- Tidak berkhalwat(berdua-duaan) dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga


Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga